Wednesday, April 28, 2021

Covid 19

 23.4.2021 i got bad news from F class teacher that the teacher tested positive with Covid19 and the whole class kena kuarantin until KKM call. I sgt stress with the news since last week i mmg sgt hesitate to send F to school, but being me, i always think abt what people will think of me, judge me so i sent him for 2days last week tu, Tuesday and Wednesday. The feeling tu mmg mixed , one worry since adik2 smua dh bsentuhan mkn skali tdo skali gn dia, and another thing is daddy byk keje kt ofis so he pn dilemma what if F +ve and he go to work and he also jangkit ngn F. Macam2 in minds. Pikir lagi kesiannya nk kna swab. Adui mmg takde mood jadinya. I guess all moms are like me if their child become close contact with Covid19 person kan..So we waited for the school to update bila kena g swab smua..Since weekend so delay la nampak gaya.. i tried to lock F in his room a bit , when adik2 is around so minimize touching. On Sunday update from school to go swab at selected KK. I decided i should go and daddy stay home with adik2. Register bla2 , at the canopy provided, Kat cni kna jg tau since its redzone, close2 contact pya area, we dont want to catch the virus there pulak if ada yg +ve. We’ll never know. Done register move on kat swab canopy. I tot F will just cry, turns out dia meronta very bad, n keep push the MO pya hand. Tak bg swab dia. 3org struggle pgg dia. All the screaming n rontaan managed to get it done. Alhamduillah , mummy sgt trauma.. then just wait for the result normally 3days. Please pray for us gais.

Update : result comes out Negative. Alhamdulillah tak sabar nak abis kuarantin.

Sunday, January 22, 2017

how to cerai anak from botol susu tips

Hello semmua, its been a long time since i last bebel kt cni. Truth is xtau nk bebel pasal apa and kemalasan melanda. Today i nk cite pasal how to cerai ank from botol susu. F sblm ni mmg guna botol sng sgt smpai lena dgn botol .. niat mmg nk hentikan tp risau gk tkot susah nk lelap sbb biasanya he will sleep smbil isap botol. lg ngntok lg laju dia isap. mmg best and senang. 
One day F xsihat muntah2 skit. dh go doctor mybe ada salah mkn. so dia agk trauma ngn botol susu.dia cm geli2 nk isap botol. msa ni umur F dlm around 1y 10m. i bg dia susu dlm cup n straw dia tnk gk.then i bg susu dutch lady kids yg ada gmbar spiderman n ironman tu.. Alhamdulillah he nk gk mnum even 2kotak cmtu je sehari. ok la kn sbb mkn pn dh slow at least mnum gk susu. yes stgh ckp y xbg fresh milk btl2 yg kotak byk sugar la itu ini. dia tanak dh bg da farm fresh. lgpun bkn mnum byk pn okla tu..so, mummies F dh completely ok xde botol few days, i decided nk stop kn tros la even bru je beli botol pigeon bru xspai sbln huhu.. 
dah sihat tu dia mntk jgk botol i bt xtau je then bg main n lupa i bg from cup n straw. i bg dutchlady chocloate yg exlore tu.. ok dia mnum 3times a day . until now dh 2y 1m he drank his milk from cup n straw ..plg excited bila ajk bt susu sama2. lg laju mnum bila dh change dutch lady step 2 curious utk bdk 2-4years. i did taste mmg different step 1 xsdap n tawar step 2 rasa cm susu kotak. 
im so glad i decided to use that time to stop kn botol n xterpedaya bila F mntk botol. since xmnum botol xde muntah dh.dlu kdg mnum smbil baring mmg slalu gk muntah dh penuh sgt perut still nk isap.klau straw ni dh knyg tros reject. so, utk mummies yg struggle/planning nk stopkan ur babies from botol susu, here are some tips :

1. tabahkan hati.
2. beli cup yg menarik n comel2 so diorg tertarik.
3. try alih perhatian bila ank mnta botol bila dia dh lupa contoh bg tgk kartun slow2 bg susu from straw.
4.jgn ada perasaan mlas sbb nti ank sng tdo bla botol. F lg sng tdo xde botol n lgsng xbgn mlm dh bila xde botol dia. sblm ni bgn 2kali saje2 nk main botol.
5. ajk ank bt susu sama2 contoh bg dia tuang air ke ltk straw. dia dh excited sure nk mnum susu dia bt sdri
6. blh try bg susu kotak ke utk biasakan ank ngn straw time mula2 nk start
7. doa yg terbaik sbb botol susu lama2 sgt ank isap xbgos gk esp utk teeth and kacau selera mkn ank.

tu je nti klau ada any other tips i tmbh lg. thank u semua smoga berjaya bentikan ank uols from botol susu.

Friday, April 15, 2016

Barley cereal homemade recipe

Hello mummies. Ada orang share recipe barley cereal yg homemade .. so i akn share kt cni utk mummy2 try. Esp mummy yg tnk beli n bg processed food kt baby. Barley ni bgos utk baby blh mix ngan food puree gk. Ni recipe nya :

BARLEY CEREAL HOMEMADE RECIPE!!

Pertama sekali..
Pilih barley pearl yang organic

1) basuh bersih-bersih (sampai air jadi jernih)
sangat penting masa membasuh makanan begini.. Alunkan sedikit dengan zikir ya Latif..selawat dan zikir2 yang lain

Semoga anak2 syurga yang memakan makanan tersebut..lembut hatinya.. Lapang dadanya.. Mudah menerima ilmu dan juga semoga anak2 syurga menjadi khalifah terunggul dan menjadi anak yg soleh dan solehah

2) rendam 24 jam.. Sepenjang tempoh 24 jam. Rajin2 tukar air. Tkut masam nanti. Dan utk tidur malam.. Tak perlu tukar air. Masukkan sahaja dalam peti sehingga keesokan hari nya.

3) toskan air sehingga kering. Gunakan penapis yang agak besar permukaan nya utk mengelakkan barley menjadi masam. Dan jgn lupe tutup dengan tudung saji supaya tidak dihinggapi lalat

4) sangai sehingga betul2 kering dan bila kering. Struktur barley memang akan menjadi keras

5)blend dan ayak (caution!! Barley yg sudah siap di sangai keras. Blender ands mungkin akan tumpul matanya. Saya sendiri sudah tukar 4 jenis blender sbb rosak terus.

6) utk feeding boleh dijadikan pengganti nasi. Blh dibuat air utk anak2 syurga juga. Musim panas sangat elok minum air barley ini.

Selamat mencuba

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Thursday, April 14, 2016

Tips mula bagi bayi makan

Hello mummies. Mesti semua excited nak mula bg baby makan kan. Ni ada tips skit nk share ngn mummies smua utk persediaan. Copy paste je ni dr grup watsapp. Selamat membaca :

1) ANAK SUDAH 6 BULAN. MAHU BERI MAKAN APA?
- Beri makan puri buah/sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari berturut-turut sebelum intro yang baru.

2) SEHARI BERAPA KALI MAKAN?
- Mula-mula 1 kali dahulu. Terpulang mahu beri bila - pagi, tengah hari atau petang/malam. Sebabnya perut bayi baru nak sesuaikan dengan benda baru.

3) BERAPA BANYAK KUANTITI MAKANAN YANG BOLEH DIBERI?
- 2,3 sudu sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak. Nanti perut anak terkejut. Kalau anak makan kurang dari itu, tidak mengapa. Anak baru nak belajar makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang dah 4,5 bulan makan.

4) KENAPA TAK BOLEH BERI BUBUR NASI SEAWAL 6 BULAN? BILA BOLEH BERI BUBUR?
- Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata. Jadi, afdal beri semi-solid seperti puri epal, pear, labu etc (rujuk carta) supaya perut anak tidak terkejut. Nasi sumber karbohidrat. Boleh menyebabkan sembelit. Seeloknya mula beri bijirin seperti nasi pada usia 7 bulan.

5) PURI BOLEH TAHAN BERAPA LAMA DI DALAM CHILLER DAN FREEZER?
- Puri di chiller 48 jam. Di freezer, 4 bulan.

6) CARA PENGENDALIAN PURI APABILA HANTAR KE PENGASUH/TASKA?
- Cara pengendalian puri sama seperti cara pengendalian susu ibu.

7) BETIK, PISANG, AVOCADO PERLU DIKUKUS SEBELUM DIBUAT PURI?
- Tidak perlu. Lenyek/hancurkan dan terus beri anak makan. Makanan yang sesuai untuk travel.

8) BAGAIMANA MAHU BUAT PURI?
- Cara membuat puri ada di Photos. Ada juga di google.
- Kebiasaan segala jenis buah/sayur keras seperti EPAL, PEAR, BUNGA KOBIS, LOBAK perlu di stim kan dahulu sebelum dikisar menjadi halus.

9) BILA BERI ANAK MAKAN, MESTI BERI AIR KOSONG?
- Ya.

10) ANAK 5 BULAN LEBIH. NAMPAK MACAM LAPAR. SEMUA BENDA MASUK MULUT. BOLEH BERI MAKAN?
- Anak pada usia ini memang suka masukkan segala-galanya dalam mulut, termasuk kakinya. Seeloknya tunggu 6 bulan. Biar anak puas menyusu susu ibu sampai usianya 6 bulan. Anak ada seumur hidupnya untuk makan macam-macam.

11) BERI ANAK MAKAN, TAPI ANAK MACAM TAK SUKA DAN TAK MAHU MAKAN. BERI AIR KOSONG PUN TAK NAK MINUM.
- Benda baru, jadi ambil masa untuk anak biasakan diri dengan rasa dan benda baru. Sabar. Beri sedikit demi sedikit. Lama-lama anak akan terima. Jangan paksa. Nanti anak terus tak mahu makan atau minum air kosong.

12) ANAK SEMBELIT/CIRIT BIRIT. NAK BERI MAKAN APA?
- Sembelit : Give 'P' (Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin). Stop 'BRAT'.
- Cirit-birit : Feed 'BRAT' (Bread, Banana, Rice, Apple sauce, Toast). Stop 'P'.

13) BILA BOLEH BERI IKAN?
- Disarankan 10 bulan ke atas. Sebabnya kandungan merkuri dalam makanan laut susah diproses perut anak. Makanan laut lain seperti udang, sotong etc - 1 tahun ke atas.

14) BAGAIMANA NAK NAIKKAN BERAT BADAN ANAK?
- Renjiskan minyak zaiton dalam makanan. Beri avocado. 8 bulan  ke atas, sudah boleh menumis dengan menggunakan unsalted butter, ghee.
15) TEPUNG APA SESUAI UNTUK ANAK BAWAH 1 TAHUN?
- Tepung atta, wholewheat unbleached flour.

16) KENAPA PERLU RENDAM BIJIRIN (BERAS PERANG, ROLLED OATS, BARLI ETC)?
- Bijirin adalah benih.
- Benih bertujuan untuk melalui sistem belum dicernakan supaya mereka boleh ditanam di tempat lain (berfikir secara alami).
- Untuk membuatkan ia tidak mudah dicerna dan mampu "dipindahkan untuk ditanam di tempat lain", terdapat beberapa anti-nutrien di dalamnya untuk menjadikan mereka sukar untuk dihadam.
- Benih juga perlu dipertahankan sehingga masa yang sesuai untuk percambahan, jadi mereka mempunyai bahan-bahan tertentu yang menghentikan aktiviti enzim aktif percambahan.
- Sebatian ini juga bertindak untuk menghalang aktiviti enzim aktif dalam sistem pencernaan anda.
- "Merendam" bijirin penuh boleh membuat mereka lebih mudah dicernakan dan membantu sistem anda mendapat semua nutrien dalam makanan.

Proses ini disyorkan oleh Sally Fallon dalam bukunya Nourishing Traditions, dan anda tidak akan menemui banyak sumber lain. Saya tidak 100% yakin bahawa ia adalah satu-satunya cara tapi setakat ini namun ini adalah cara yang sedia ada setakat ini.

CARA MERENDAM
1. Campurkan 1 cawan rolled atau steel cut oats dengan 1 cawan air dengan 1 sudu besar lemon jus atau whey yogurt di dalam air. Saya lakukan betul-betul di dalam periuk. Air sepatutnya menjadi lebih panas daripada suhu bilik pada permulaan. Anda perlukan untuk memanaskan di dalam cerek atau di dalam periuk ~ kepada 110darjah atau lebih. (Berikut adalah bagaimana untuk mendapatkan whey dengan mudah.)
2. Oat adalah rendah dalam phytase enzim yang diperlukan untuk meneutralkan phytates. Tambah satu
3. sudu besar atau dua (sebanyak 10%) tepung gandum untuk oat anda.
4. Tinggalkan pada suhu bilik 24 jam (atau sekurang-kurangnya 12). Saya biasanya berfikir malam sebelum ini, tetapi yang terbaik untuk oat adalah untuk biarkan ia pergi 24 jam.
5. Tambah satu lagi cawan air pada waktu pagi, biarkan mendidih dan masak beberapa minit pada
6. sederhana rendah hingga likat. Laraskan kuantiti untuk apa jua saiz hidangan oat yang anda perlukan.

17) RIBENA, CALCIUM, VITAGEN, NUTRIGEN DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA, BOLEH BERI PADA ANAK?
- Tak boleh. Tak sesuai. Banyak gula, bahan pengawet.

18) BILA BOLEH BERI TELUR? BAGAIMANA CARANYA?
- Cara introduce telur (ikut PPUM - MMRTELUR)

Kalau belum intro telur, kena buat secara berperingkat.
- telur kena pastikan betul2 masak
- boleh buat rebus telur tu dulu lepas tu campur dalam puri atau bubur.

Cara nk intro :
Minggu pertama - 1 SUDU BESAR kuning telur sahaja
Minggu kedua - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 SUDU BESAR kuning telur sahaja)

Minggu ketiga - 1 BIJI telur kuning sahaja
Minggu keempat - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI kuning telur sahaja)

Minggu kelima - 1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur
Minggu keenam - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur)

Minggu ketujuh - 1 BIJI telur sepenuhnya
Minggu kelapan - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur sepenuhnya)

Minggu ke sembilan dan seterusnya boleh la beri 1 biji telur tidak lebih dari 3x seminggu

19) BOLEH BERI RIBENA, JUS BUAH DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA?
- Tidak perlu. Beri susu dan air kosong sahaja. Kalau mahu beri juga jus buatan sendiri, beri pada usia 1 tahun ke atas. Cairkan. 30% jus + 70% air. Big no to ribena.

20) APAKAH 4-DAY-RULE? KENAPA PERLU AMALKAN KAEDAH INI?
- 4-day-rule adalah kaedah memperkenalkan satu-satu jenis makanan baharu kepada anak selama 4 hari berturut-turut. Kaedah ini bagi memastikan makanan itu tidak memberi sebarang masalah kepada anak seperti alahan, sembelit, cirit-birit dan sebagainya. Selepas 4 hari, jika anak tiada sebarang masalah menerima makanan tersebut, boleh perkenalkan makanan lain pula. Begitulah rutin tiap kali mahu perkenalkan makanan baru kepada anak.

21) BOLEH PERKENALKAN MAKANAN SEBELUM ANAK 6 BULAN?
- Seeloknya tunggu 6 bulan. WHO menyarankan 6 bulan juga. Sebabnya sebelum 6 bulan, perut anak belum cukup matang untuk memproses solid. Jika beri terlalu awal, perut akan bekerja keras. Kasihan perut anak. Beri anak makan terlalu awal juga salah satu punca obese di kalangan kanak-kanak.

22) BOLEHKAH BERI BUAH-BUAHAN KERING SEPERTI APRIKOT, KISMIS YANG WARNA KUNING/ASAL?

- Beri buah-buahan kering yang warnanya hitam dan gelap seperti warna buah kurma.

Ini penerangan dari Puan Farah Rahim :

Aprikot/kismis warna kuning ada sulfur dioksida yang boleh mencetuskan serangan asma dan boleh membawa maut pada bayi yang mudah terpengaruh.

Sulfur dioksida digunakan sebagai antioksidan di dalam proses pengeringan beberapa buah-buahan kering untuk mengekalkan warna kulit dan rasa.

Sebagai contoh, dalam kismis kuning, peach kering, epal kering dan aprikot kering, sulfur dioksida digunakan untuk buah-buahan ini tidak kehilangan warna dengan menyekat tindak-balas "browning" yang menyebabkan warna buah-buahan itu menjadi gelap dan mengubah rasa mereka.

Antara makanan awal yang boleh di intro kan kepada baby anda ialah :-
UMUR 6 BULAN :
Brown Rice, Avocado & Banana, Apple, Pear, sweet potato bukan potato biase tu ye, pumpkin

UMUR 7 ~ 8 BULAN :
Brown Rice, Oat, Keledek Oren/Ungu, Barley, Avocado, Apple, Banana, Appricot, Manggo, Peaches, Pear, Plum, Prune, Pumpkin, Sweet potato, Dates, Green bean, Carrot, Peas, Zuchini, Kacang Peas , Ayam, tauhu @ tofu lembut

UMUR 8 ~ 10 BULAN :
Brown Rice, Oat, Barley , Keledek Oren/Ungu, Wheat, Pasta, Sesame, Flax Avocado, Appricot,Blueberry, Cherry, Cranberries, Apple, Grape, Kiwi, Strawberry, Manggo,Papaya, Perssimmon (pisang kaki), Banana, Manggo, Blueberries, Peaches, Pear, Plum, Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato, Green bean, Carrot, Kacang Peas, Timun Jepun, Labu air, asparagus, broccoli, bunga kobis, terung, cendawan, bawang, cili benggala, ayam, tauhu @ tofu lembut, beef, egg yolk & fish, plain yoghurt but full fat, butter & cheese (seeloknya cream cheese)
selepas baby 8bulan anda boleh juga menambahkan bawang putih, bawang merah, batang celery, halia atau daun parsley ke dalam bubur baby. (atau herbs)

UMUR 10 ~ 12 BULAN :
Semua jenis grain, Keledek Oren/Ungu, Avocado, Appricot, Blueberries, Cherry, Cranberries, Apple, Grape, Kiwi, Strawberry, Manggo, Papaya, Perssimmon (pisang kaki), Banana, Manggo, Peaches, Pear, Plum, Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato, Green bean, Carrot, Kacang Peas, Timun Jepun, Labu air, asparagus, broccoli, bunga kobis, terung, cendawan, bawang, cili benggala,ayam, tauhu @ tofu lembut, beef, bawang, Jagung, timun, bayam, tomato, whole egg & any fish

sumber : Panduan Pemakanan Bayi

Monday, April 11, 2016

cloth diaper

Hello mummies, skrg tgh trend pakai cloth diaper utk babies. yes, im included heheh asalnya mmg xbeli pn sbb berkira2 gk tkot hangat2 taik ayam je kn yela bkn la rajin sgt pn nk mmbasuh huhu cloth diaper ni i dpt free my fren tokey cloth diaper so dia bg free je bestkan. cloth diaper ni ada 2jnis kain lua dia ada yg minky ada yg PUL. minky ni ala2 baldu PUL ni jnis licin. sama he cuma beza design je laa.pastu dia pny snap ada yg jnis button and ada yg velcro. mmg best yg button la btl2 kemas n sng nk adjust ikot size baby. pastu dia ada inserts , plg biasa microfiber ni kira plg murah la pastu ada yg bamboo and charcoal kira beza inserts ni dr segi kuasa serapan n kurng bau la skit klau pkai yg mahal skit. Tp i pakai yg microfiber je ok je. inserts ni blh keluakan sbb dh siap pocket kt cover diaper tu so klau rasa ank kncing byk ke utk pkai waktu mlm so blh la ltk 2keping. biasa klau beli pn advisable amik xtra inserts dia sbb inserts ni sgt lmbt kering so biasa kna ada xtra la esp yg mmg ada xbyk diaper so klau nk rotate kna lebihkan inserts. pastu additional blh beli liner yg biodegradable agk2 pkai bila baby nk poo je sng nk cuci lg2 klau baby yg blm mkn n najis lembut lg klau ltk liner just tarik liner n flush je dlm jamban.

mula2 lepas beli sblm pakai kna basuh dlu n set machine tu bt dlm 5 cycle wash je.. bg btl2 lembut n sng nk serap klau x bsuh byk kali nti tkot xbrp serap air plak. pastu lpas2 tu wash mcm biasa jela... nk cuci klau blh pkai sabun khas utk cuci diaper contoh nappikleen ke ada yg organic gk tp mhal skit, cuci nga sabun baby pn blh tp jgn ltk byk2 sgt yela sbb lampin kn nk pkai kt bontot baby tkot jd ruam lak klau byk sgt sabun n yg jnis byk chemical. klau msuk washing machine jgn cmpur diaper dgn pakaian lain tkot serat2 baju lain bercampur ngn diaper n nti diaper n kurng kuasa nk serap air. klau klua ke apa rasa cm susa n leceh la nti nk tuka diaper blh beli wetbag khas nk ltk diaper sng pas tuka ltk dlm wetbag n bwk blk cuci. lg satu cloth diaper ni klau baby poo plg sng nk cuci klau pkai hand bidet. air laju n kuat kn so mmg poo yg melekat sng nk cuci n bersih je ..takde la pnat nk sental.. hehee

skrrg ni mcm2 brand ada clothdiaper ni sbb org dh aware pasal kebaikan disamping menjaga bumi kita. yela imagine klau sehari 4keping diaper korg buang sbln dh 120keping.setahun dh brp..biasa bdk pkai diaper spai 2thn lebih ke 3thn. pastu darab la ngn brp byk baby dlm msia ni mmg byk sgt diaper yg dibuang hari2 n diaper2 ni mmg bkn biodegradable so mmg xbgus utk bumi kita. zaman dlu2 pn mak2 pkai lampin je kn, blh je so skrg da cnggih da ada diaper moden yg memudahkn cmni so y not try kn.. klau bkn sepenuh masa mybe time kt uma je ke pkai cd ni pastu klau kua pkai yg biasa pn ok je.lg satu yg best pasal diaper ni is comel sgt2 dgn pattern mcm2 mmg geram.kdg2 i just pkaikan F  baju je xpkai slua just pkai diaper sbb comel sgt hehe

tk pakai seluar pn xpe 


comel kan diaper ni



klau mummies nk try beli cloth diaper ni boleh tgk  dkt cni. mmg comel2 sgt diaper2 kt cni. 

https://www.facebook.com/foxxybaby.my

Sunday, April 10, 2016

susu pediasure utk budak lactose intolerance

Helo. Dh lama x update pasal susu F kn. Masa F setahun cmtu la dh stop bfeed dia sbb dia ni jnis suka main2. Mlm2 sejam bgn nk isap pastu bgn lg mcm xlogic kn lapa cmtu pdhal sblm tdo dh bg fm cnfirm dh knyg kn. Pastu my breast rasa bengkak tkg urut ckp susu tsumbat sbb si F duk main2 je x isap2 btl2 cara dia duk nyoyot tu bt susu tsumbat. So tpaksa la stop kn dia lg pn mcm x elok je mlm2 kerap2 bgn sgt2. Nsib baik la sng je dia nk lepas nenen dia mmg xsangka la sng cmtu sbb F ni obses nenen hehe

Msa F lbh kunrg 11bln cmtu dia berak2 cirit birit cmtu la. Mula berak cm 3kali sehari tp kua ckit2 n lpas bg botol je tros berak skit. Masa ni F mnum s26 step2. Pastu satu time tu spai 5 ke 6kali berak dlm sehari. So jmp doc  doc ckp mybe lactose intolerance yg mana bdn dia xleh hadam byk sgt lactose mybe sblm2 ni dia mnum ok sbb F dh lama gk la mnum s26 ni kn tkkn tiba2 lak xleh lactose. Tp mybe dlu mnum xbyk yela byk bfeed pastu makin lama makin byk mnum so bdn dia xleh nk hadam lactose tu. So doc suggest try la lactose free fm dlu sementara waktu. Biasa klau bdk2 cirit birit biasa pn doc akn suggest tuka susu ke lactose free skjp dh elok bru bg blk susu yg biasa dia mnum.
Pstu beli la dulac dumex LF.. bg F mnum dia mnum la tp xbyk. Pastu beli kan similac lf dia lg prefer yg ni dr dulac tu.. tp similac ni cuma ada spai 12bln je so lpas sthn kna cr susu lain .. kalau mummies smua tgk kt kdai fm yg ada tulis lactose free mmg smua nya spai 12bln je xde utk bdk sthn.  Pastu google sana google sni baca pasal susu pediasure. Sbb my sis bg kt ank dia susu ni gk tp sbb ank dia mmg jnis xnk mkn sgt so susu ni utk tmbahkan berat bdn dia la..


G doc tny pasal susu pediasure doc pn cm yeke lactose free  n dia cek pamplet n yes ada mention its lactose free. N its from the same company as similac n isomil , company abbott.  So doc bg samples utk F. Susu ni ada 2flavor vanila and choc. Try bg vanila utk F ok dia xreject. Me try la rasa skit mak aih manis pekat berlemak mcm eskrem vanila. Susu ni byk kalori so bdk akn knyg mcm mkn nasi la pas mnum sebotol . Mula2 Cairkan skit sbb F tnk mnum klau pekat sgt. Ok la mnum cek poo dia ok smua ok. So spai skrg la F mnum susu ni. Harga jgn ckp la mmg mahal sgt nagis poket ni ha  lg2 dh biasa bfeed xkua duit utk susu kn mmg terasa la ..tp ank pny pasal kn. Biasa sbln mmg 5-6tin jgk la yg sederhana. Dia ada 3size kecik medium n besa.yg besa cuma ada flavor vanila je 1.6kg. Tp xsuka sgt yg besa tu sbb tin dia besa sgt leceh skit. suka yg medium size 8.5kg biasa i beli time guardian bt sale. Biasanya dlm sbln ada la sekali atau 2kali guardian bt sale biasa 3ke4 hari sale tu. 2tin medium rm148 cmtu.so jimat skit lahh.

Ada gk try nk tuka susu sbb doc ckp blh try susu lain dh kot dh ok sbb kdg2 bila dh makin besa makin ok tp si F rejek lak.. fresh milk dlm kotak blh la mnum tp skit je. So tpaksa la teruskan dlu ngn pediasure ni. Yg best susu ni klau time sakit mogok mkn xde la risau ank lapa ke apa sbb susu ni mmg mngenyagkan n blh tmbah kn berat bdn. Xde la pas dmm je bdn susut sbb x mkn .susu je dh ckup ..

sakit kaki tangan mulut or hand foot mouth disease

Dah lama gila x blogging. yes i've been busy biasa la ank dh berjalan penat mengejar pastu bila dia tido kita pn sibuk rehat .. ok arini nk cerita pasal sakit kaki tangan n mulut. of cos mummies smua aware pasal sakit ni kan especially yg ada ank kecik.. i pn mcm korng always aware pasal this disease even takde la hygenic sgt bahaha nk wat camana F jnis yg everything msuk mulut so tkleh nk hygenic sgt la kn. 

ok back to my story. mlam rabu lepas perasan F cm bdn panas2 skit tp xdela demam panas. pastu bg ubt sbb tkot kang tdo mati xseda lak ank panas gila x pasal2 sawan ke apa kn so mlm klau panas skit mmg i akn bg ubt siap2.dh la susa nk lelap pastu tdo dlm sejam lebih je kot tiba2 dlm pkul 2 cmtu dia menagis ngamok mcm org histeria pn ada jerit2 smpai ngis teresak sedu sedan. lama try pujuk xjalan then bwk trun nk suruh tokki nya ngaji skit jampi2 skit sbb F ni mmg jnis sng kna gangguan since dr baby lg. dia pny ngis lain mcm skit tp air mata klua biasa klau gangguan xde air mata. dh lama tu dia stop la nagis tp mmg nk tdo peluk jnis kita bgerak skit tros tsentak ngis biasa klau dh lelap ltk tilam elok je smbung tdo ni takleh lgsng bgerak. dlm 20min je waaaa ngis. mata mummy ni haa pn waa sama la huhuuhu.. pg tu lpas subuh blh la tdo lama skit dlm 2jam. 

stat la episod tnk susu. tny2 kt grup watsapp baby diorg suruh cek kot2 ada ulcer sbb i suspek nk tumbuh gg. pastu tgk bwh lidah cm ada putih2 tros g klinik doc ckp xnmpk any ulcer tekak pn ok bnda putih tu cm fungus so doc bg ubt sapu ok la.. pastu mlm tu lpas mgrib ngis la susu mmg tnk mnum i terpaksa bg yg sejuk dutchlady kotak kid yg coklat tu je dia nk mnum. tu pn xbyk la. tgk2 mcm ulser je bwh lidah tu g klinik lg doktor ckp ulcer n nmpk cm ada lg satu atas gusi. try bg ice cream org ckp bgos kn utk ulcer tp nk memujuk si F mkn mmg tnk dia nganga trauma sgt so hasilnya msuk perut mumy daddy jela.. pastu F lak stil cranky n emo ngis meraung2 mlm pn xleh tido every 20min bgn ngis.huwaaa ngis mcm org sakit perut pn ada dia pny ngis yg meneran2 tu.risau gila. pastu air liur byk gila meleleh smpai rasa nk gntung mngkuk kt bwh dagu serius byk gila mcm air paip da.. 

esoknya pegi klinik lain lak doktor ckp ulcer pastu perut ok kembong skit okla tp F dh mmg moody sgt emo tnk mnum mkn mmg x la.. mnum ngis sakit mulut dia pedih..susu terpaksa bancuh formula milk dia ltk dlm kotak dutchlady ahahah gigih sgt yela dh xmkn klau fm knyg skit la compare susu kotak kn. okla mnum tp nk sejuk2 je.. ari sabtu pn sama bad mood lg ngis tgk air smua takot nk mnum. sunday better skit pastu selasa dh blh mkn n mnum ngn botol dia n dh happy blk yeay. pastu perasan time dia tdo ada blood stain kua kt mulut dia bcmpur air liur i assume the ulser pecah.

muka sedih badmood layan perasaan sbb sakit mulut


pastu F pny cousin A ni lak ada ulcer dh prasan ada satu cmtu so ok la igt sbb weather panas n kurng mnum air. A pn demam.. pastu perasan kaki dia cm ada blisters mula mak dia igt melecet kna kasut pastu tgk mkin byk lak so google2 mak dia ckp ehh cm sakit kaki tgn mulut je,  oopss alamak jgkit F ke apa ni. klau dr F ok lg klau bkn nti F lak jgkit oh my x snggup nya.. so g klinik yg i g mula2 dlu n doc ckp yess cnfirm HFMD. n doc ckp mcm erkkk rsanya mmg jgkit F..doc tny duk sklai ke n yes doc cm rasa berslah disitu la yrla klau awl2 tau F HFMD mmg xbg la dia main ngn A ni igt ulcer biasa je kn. so mmg kesian gila kt A ngis sakit nk mnum pn trauma.. huwaa if only  i know better abt the disease.. huhu igt disease ni jnis yg byk bintik2 merah2 kaki tgn mulut..

rupanyaa in certain cases ada children cuma develop ulcer dlm mulut je.. if its more than 1 pastu ada fever so beware cpt2 bwk g klinik mybe its HFMD. x semestinya kna ada blisters kt tgn kaki smua..just ulcer pn ada possibility lg2klau ank demam.demam skit je pn kna beware sbb F dmm x tggi pn.. n A pn dh 5ari sakit n F xde nmpk tnda2 jgkit la so rasnya mmg its him la spreading the virus. lg2 F mmg jnis msuk tgn dlm mulut mybe la g plyground main2pastu xbsuh tgn then msuk mulut sblm tu tpgg the virus ada bdk lain bwk so trs thjgkit.. uhuhuh so setiap kali kna bwk antibcterial wipes g mana2 lap tgn n g mkn sudu smua kna bersih lap2 dlu. HFMD ni sng tjkit kt bdk2 esp below 1year old. bkn sakit yg merbahaya n blh baik sdri je tp tseksa sgt nk mkn mnum xleh so klau bdk mmg xleh nk mnum lgsng mmg kna msuk air kt wad lah. 

tu je ceritanyaa anything nk tny blh tny i personally .. tq,